 |
Kami adalah sebuah pertubuhan NGO Islam yang melakukan kerja – kerja amal dan dakwah di dalam dan luar negara. Kami mempunyai sebuah rumah kebajikan di Shah Alam yang dilengkapi dengan pelbagai jenis kemudahan asas bagi membantu orang-orang yang memerlukan seperti anak-anak yatim dan ibu-ibu tunggal.
Untuk menampung pengurusan rumah ini, kami sedang mencari pemohon yang memiliki sahsiah islam yang baik dan berkelayakan, sukakan anak-anak, minat mengajar serta memahami ajaran Quran dan Sunnah untuk memenuhi jawatan-jawatan berikut :
1. PEGAWAI TADBIR
Syarat Minima:
• Mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan
• Berkeupayaan merancang, mengurus, menyusun sesuatu isu
• Berkeupayaan dan berkebolehan menulis dan berkomunikasi di dalam Bahasa Inggeris dengan baik
• Sekurang-kurangnya mempunyai pengetahuan asas penggunaan komputer
• Berkeupayaan untuk bekerja di luar waktu pejabat
• Mempunyai lesen memandu kelas D
2. PEGAWAI PERHUBUNGAN AWAM
Syarat Minima:
• Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perhubungan Awam / Komunikasi atau yang setaraf dengannya
• Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
• Berkemahiran dalam menggunakan teknologi maklumat (IT) dan komputer
• Mempunyai perwatakan, kualiti dan kaliber yang bersesuaian
• Berkebolehan dalam menghadapi orang ramai termasuk wartawan dan media massa
• Fasih bertutur dalam bahasa lain adalah kelebihan
Gaji dan faedah akan diberikan mengikut pengalaman yang dimiliki dan juga gaji terkini.
Bagi pemohon yang berminat, sila hantarkan butir-butir peribadi anda serta gambar berukuran paspot (tidak dikembalikan) kepada
Pengiklan
|